Salam semua. Harap dalam keadaan sihat selalu ye. Aku pun masih sihat boleh buat kerja lagi. Sehari dua ni banyak aku berjalan2 di dunia blogging dan banyak la jenis blog yang kau jumpa. Trend zaman sekarang ni adalah hak bersuara dan hak memberikan pendapat. Kebbebasan ni banyak membantu kita untuk menjadi lebih matang sebab mengajak kita berfikir tentang sesuatu hingga mampu otak kita ni mengeluarkan sebuah pendapat. Tak kisahla pendapat tu macam mana tapi bila kita berjaya mengeluarkan pendapat kita makin matang pada pendapat aku. Sebab di situ kita berfikir dan berfikir akan sesuatu. Tapi walaupun anda bijak sangat masih ada batasan dalam semua tu.

Assalamualaikum semua. Pe kabor ye pagi2 ni harap sihat le selalu. Kalau tak silap boleh la gi buat medical checkup macam aku nak buat esok ni. Hahaha. Biasala antara benda wajib bila nak masuk U ni kan. Ok aku terima dengan hati yang redha. Korang perasan ta yang banyak gila masalah moral kat negara kita ni. Aku tak tahula sejak bila negara kita ni jadi teruk camni. Ish seriau aku bila pikir nanti aku ada anak nak jaga biar betul perangai tu camne. Tapi yang aku tahu kita sebagai umat islam perlu menjaga solat. Ye solat sebab solat yang akan mencegah dari kemungkaran dan solat tu mestila solat yang sempurna.

Salam semua. Dah berapa hari takleh nak baca blog yang ada dalam dunia ni. Laptop buat hal la pulak. 3 kali aku format semata2 nak ada internet. Lepas format guna tenet jap esok pagi dah takleh guna. Aku tak paham tol la. Esok kalau tak jadi pulak tah pe la nak jadi. Geram betol. Aishh susahkan aku je. Eh tak puas hati je ko ni ye. Dah benda nak jadi sabarla sikit. Ok sebenarnya aku nak meluahkan pendapat aku pasal kenapa orang kita ni suka sangat beli benda yang mahal tapi tak tahu guna pastu asyik dengki je dengan orang yang lebih dari kita. Bagi aku la kan takda pasal la kita nak dengki pada sapa2 sebab tak pekdah pun dengki2 ni. Buat kita jadi tension ada la. Kira macam tak puas hati dengan hidupla ni. Hua3.

Agak lama aku tak update blog aku ni. Bukan ape line tenet aku agak tenat membuatkan aku takda mood nak update. Tapi skang ni dah ok dah tak slow sangat. So bila tenet dah slow ape lagi boringla kat umah. Kalau dah bosan duk kat rumah je kuar lepak ngan member aku la. Boring kot cuti camni duk umah je. Bak kata orang dulu2 tak remaja la tak keluar malam. Boleh terima tak teori ni. Hak3. Ok terima kasih sebab sudi terima ni ek. Bila cakap pasal kluar lepak2 ni kita boleh golongkan dalam aktiviti bersosial la jugak lepak2 ni kan. Aku nak tanya korang penting ke sosial ni?

Kadang2 kita ni kalau tengok benda kecik kita buat donno je. Memang sikap kita kalau hal2 yang remeh-temeh kita akan tengok sebelah mata atau buta terus la. Aku pun sama la cam korang. Malas jugaknak pikir hal2 yang kecik baik aku pikir masalah negara ke masalah family atau apa2 saja yang nampak besar di mata tapi setelah aku bertapa 40 hari 40 malam baru aku sedar yang kadang2 hal remeh-temeh ni la yang mengubah hidup kita. Sedangkan semut yang kecik tu kalau kita minum lembap 40 hari kot. Wawawa.

Korang pernah bercinta tak. Mesti pernahkan tapi maksud aku bercinta tu bukan kapel ye. Tak semestinya korang kapel tu korang dah bercinta. Macam budak2 yang tengah angau dengan cinta monyet dorang tu. Bagi yang pernah bercinta mesti dorang tau betapa syioknya cinta ni. Eh betul ke ni macam ada pengalaman je. Acecece. Dalam pikiran aku ni selalu bertanya soalan klise apa itu cinta. Korang ada tak jawapan untuk soalan ni?

Kita ni kan kalau takda duit kompem takleh hidupkan. Samela macam aku gak. Bayangkanlah kalau kita ni takda duit camne nak beli keperluan asas kita macam nasi, air, pakaian, blackberry dan bla3. Mana nak dapat duit bro? Nak dapat duit kena kerja la. Tuhan bagi akal dan tenaga kat kita ni suruh kita cari rezeki la bukannye suh mintak sedekah pastu takda duit pau orang. Tu orang panggil lahanat sebab gunakan akal dan badan dengan cara yang cam harem gitu. Ptuihh aku agak emo dengan orang camni. Terdetik hati aku pasal rezeki ni masa aku keje lagi. Aku terpikir camne ek nak dapatkan rezeki yang bukan saja halal tapi BERKAT.

Malam ni aku dipenuhi mood blogging. Maka malam ni jugak aku rase nak update blog aku ni. Tu la lama sangat tak update kan dah teringin nak update. Ok entri malam ni pendek je sebab malam2 camni korang mesti malas nak baca bentri mengarut yang panjang berjela2 kan. Tak pe aku bagi entri pendek punya. Apekah entri pendek ini menuju? Meh aku tunjukkan cara camne korang nak besarkan semudah simply siti ataupun semudah mengorek hidung korang. Ok gurauan melampau. Tak nak panjangkan lagi entri yang sepatutnya pendek ni, dipersembahkan..................

Hari ni genap la 2 minggu aku dah tak keje. Bila dah tak keje ni rutin hidup aku pun dah berubah. Kalau dulu bangun pagi2 nak pegi keje tapi skang ni bangun pagi jugak tapi nak dekat tengahari dahla. Ish teruk betul. kalau dulu mesti pagi kuar rumah malam baru balik sebab keje tapi skang ni kuar rumah malam balik lewat malam. Biasala jiwa remaja ni sentiasa meronta2 supaya bebas dari cengkaman bosan. Erk ayat apekah? Besela kuar malam2 ni kan bagi aku yang baru masuk alam remaja ni. Tak penah aku nak kuar malam sebelum ni. Ok jarang2 je. Dah menjadi adat bila boring mesti malam jugak yang aku kuar. Nape ek?

Setelah agak lama aku tak update blog aku ni kena jugakla update blog. Bukan sebab hilang minat atau dah bosan cuma orang kata kena amik feel balik. Sejak sebulan dua ni memang hidup aku dah berubah 90 darjah dah. Memang lain dari masa dulu. Lain yang macam mana aku tak tau tapi yang aku boleh cakap aku senang dengan waktu sekarang ni ye. Orang kata dah satisfied la. Ekeke.
Ni entri keluhan dari aku tentang kehidupan maya ni. Entahla banyak je aku tempuhi sampaikan satu saat aku rasa susah gila hidup ni. Tapi memang betul pun. Sejak bila pulak hidup kita ni senang. Takda satu perkara pun yang senang dalam hidup ni. Makan pun susah tidur pun susah habis apa yang senang ek. Em tahla tu. Korang tahu ke pe benda yang senang dalam hidup ni.

Dulu masa aku sekolah menengah cikgu asyik cakap sebagai pelajar yang berjaya kita perlu berfikiran matang. Bila dah matang maka keputusan kita dalam mengharungi hiruk pikuk, liku-liku, bengakang-bengkok kehidupan ni dengan betul. Tapi aku tak paham natang pe la matang2 ni. Macam pokok mangga yang dah matang ke?? Erkk maaf cikgu saya tak paham.

Panas hati aku ari ni. Ni semua angkara duit la hidup aku hari ni porak peranda. Dah jadi tak betul dah tak sama macam hari di mana duit takda. Sebab duitla badan aku merana. Sebab duit jugak la poket aku makin kosong. Sakit hati aku bila fikirkan pasal ni. Ni semua sebab nafsu nak jugak duit yang tak seberapa tu. Sebab duit jugak badan aku ni dah sakit2. Argghhh.

Aku ada benda nak tanya korang semua ni la. Ewah ramai ke yang baca blog aku ni. Dahla baru je wujud dah nak perasan ramai orang baca. Ecehhh. Ok tak kisahla semua tu. Aku nak tanya korang ni minat tak bab2 korea ni. Tak kisahla pasal lagu ke movie ke asalkan berkaitan dengan korea. Aku? Kompemla aku banyak tahu pasal korea ni. =p

Ada apa ek dengan bola sebenarnya. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa ramai gila laki yang minat nak mampus ngan bola ni ek. Serius-li aku tak paham langsung dengan perangai peminat bola zaman sekarang ni. Yela duk kejar bola yang satu tu je. Apekedehal macam tu beb. Tak gentleman langsung. Bagis sorang sebijij baru tak da nak berebut  bola yang satu tu.

Hola eberibadi. Udah lama enggak menulis blog ni. Bukan ape blog aku yang WP tah pe la silapnya sampaikn takleh nak bukak. Aku pun dah naik malas dah pikirkan blog aku tu. Dah rasa takda hati dah. Sebab tu aku amik keputusan nak guna blogspot je. Senang nak guna. Takda masalah pelik2. Yela aku ni pun orang baru dalam blogging. Guna blogpsot sudahkan. Hihihi.