Kadang-kadang kita tak mampu untuk tahu perasaan kita sendiri. Kadang-kadang lebih senang untuk menafsirkan perasaan orang lain berbanding perasaan kita sendiri. Aku pun sama jugak. Ambil masa yang lama untuk tahu perasaan aku dan mengerti apa yang cuba disampaikan kepada diri aku sendiri. Mungkin aku tak amik port pasal tu sebab terlalu banyak perkara yang lebih penting sampaikan aku lupa pada perasaan itu. Mungkin juga aku in denial sebab susah untuk memupuk perasaan itu kembali. Tapi sekarang aku mengerti apa perasaan itu pada aku.


Selamat sejahtera semua. Semalam dah keluar berita pasal gempa bumi yang berlaku di Acheh kan. Kalau tengok di twitter ngan facebook memang ramai yang tengah cemas. Even aku yang agak jauh dari pantai barat pun turut terasa dengan kecemasan amaran tsunami semalam. Gempa bumi semalam berukuran 8.9 skala Richter. Ni kalau sahih la maklumat dia tapi yang penting gempa tersebut sudah cukup kuat nak melahirkan tsunami. Perkhh sastera habis. Kekekeke. Tapi dalam keadaan cemas, dalam keadaan takut tu kita sebenarnya takut pada tsunami atau takut pada Allah ni?


Assalamualaikum. Lama tak jengguk blog ni ye. Aku pun dah lama tak update blog ni. Masalah paling besar takda internet lah. Sekarang dah ada broadband Maxis Skmm so boleh la nak start balik. Kot. Hahaha. Bercakap tentang kasut ni kan kita ni berbeza taste ape semua tu. Ada suka pakai sport shoes ada suka pakai sneakers. Bergantung pada selera dan minat masing-masing. Aku? Aku pakai sneakers je. Orang muda remaja lagi kan. Tak kan la nak pakai sport shoes g dating kan. Wakaka. Tapi kan walau berbeza jenama sekalipun kasut kita tetap sama kan?


Sedar tak sedar dah setahun blog ni sepi je. Dalam masa setahun ni jugak la banyak benda yang dah berlaku yang terjadi dalam hidup aku ni. Dalam masa setahun ni jugakla banyak benda yang aku belajar dan mengubah diri aku ni. Ada sedih ada suka ada masam ada pahit. Yela kalau takda rasa ni semua mana best hidup ni kan. Ni ibarat rencah yang menjadikan hidup kita lagi bermakna dan give us the strength to live in this world.

Salam semua. Harap dalam keadaan sihat selalu ye. Aku pun masih sihat boleh buat kerja lagi. Sehari dua ni banyak aku berjalan2 di dunia blogging dan banyak la jenis blog yang kau jumpa. Trend zaman sekarang ni adalah hak bersuara dan hak memberikan pendapat. Kebbebasan ni banyak membantu kita untuk menjadi lebih matang sebab mengajak kita berfikir tentang sesuatu hingga mampu otak kita ni mengeluarkan sebuah pendapat. Tak kisahla pendapat tu macam mana tapi bila kita berjaya mengeluarkan pendapat kita makin matang pada pendapat aku. Sebab di situ kita berfikir dan berfikir akan sesuatu. Tapi walaupun anda bijak sangat masih ada batasan dalam semua tu.

Assalamualaikum semua. Pe kabor ye pagi2 ni harap sihat le selalu. Kalau tak silap boleh la gi buat medical checkup macam aku nak buat esok ni. Hahaha. Biasala antara benda wajib bila nak masuk U ni kan. Ok aku terima dengan hati yang redha. Korang perasan ta yang banyak gila masalah moral kat negara kita ni. Aku tak tahula sejak bila negara kita ni jadi teruk camni. Ish seriau aku bila pikir nanti aku ada anak nak jaga biar betul perangai tu camne. Tapi yang aku tahu kita sebagai umat islam perlu menjaga solat. Ye solat sebab solat yang akan mencegah dari kemungkaran dan solat tu mestila solat yang sempurna.

Salam semua. Dah berapa hari takleh nak baca blog yang ada dalam dunia ni. Laptop buat hal la pulak. 3 kali aku format semata2 nak ada internet. Lepas format guna tenet jap esok pagi dah takleh guna. Aku tak paham tol la. Esok kalau tak jadi pulak tah pe la nak jadi. Geram betol. Aishh susahkan aku je. Eh tak puas hati je ko ni ye. Dah benda nak jadi sabarla sikit. Ok sebenarnya aku nak meluahkan pendapat aku pasal kenapa orang kita ni suka sangat beli benda yang mahal tapi tak tahu guna pastu asyik dengki je dengan orang yang lebih dari kita. Bagi aku la kan takda pasal la kita nak dengki pada sapa2 sebab tak pekdah pun dengki2 ni. Buat kita jadi tension ada la. Kira macam tak puas hati dengan hidupla ni. Hua3.