Kadang-kadang kita tak mampu untuk tahu perasaan kita sendiri. Kadang-kadang lebih senang untuk menafsirkan perasaan orang lain berbanding perasaan kita sendiri. Aku pun sama jugak. Ambil masa yang lama untuk tahu perasaan aku dan mengerti apa yang cuba disampaikan kepada diri aku sendiri. Mungkin aku tak amik port pasal tu sebab terlalu banyak perkara yang lebih penting sampaikan aku lupa pada perasaan itu. Mungkin juga aku in denial sebab susah untuk memupuk perasaan itu kembali. Tapi sekarang aku mengerti apa perasaan itu pada aku.
Terima kasih pada tuhan sebab masih memberikan nikmat pada aku. Masih memberikan kesihatan, masih memberikan kebahagiaan pada aku. Kalau dulu aku rasa seperti sudah tiada masa depan tapi sekarang aku hanya perlu berlari kepadanya. Untuk itu aku sangat bersyukur. Ya aku sekarang ramai kawan dan have a good life jugak lah. Diberikan tanggungjawab untuk memimpin yang pada mulanya aku sangsi. Yang pada mulanya aku takut. Namun diberikan kemudahan kepada ku untuk memikul beban itu. Terima kasih pada mereka yang sudi dipimpin oleh aku. Namun sebagai manusia biasa aku ada satu perasaan lain. Perasaan dimana ingin berkongsi segalanya.
Mungkin aku sudah jumpa dia yang aku boleh berkongsi segalanya. Mungkin dia juga lah tempat aku berkongsi suka dan duka. Mungkin dia jugalah tempat aku menghiburkan hati ini. Pada dia, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Pada dia, terima kasih kerana memahami. Pada dia, percaya pada diri ini. Pada dia, aku menyayangi.
4 buah fikiran:
sapo dio 2.HAHA.
ada la seseorang..wahaha..someone new..
ado hok baru tok oyak doh dih.hihi
manusia..selalunya suka amik tahu hal org lain..hehe
Post a Comment