Dulu masa aku sekolah menengah cikgu asyik cakap sebagai pelajar yang berjaya kita perlu berfikiran matang. Bila dah matang maka keputusan kita dalam mengharungi hiruk pikuk, liku-liku, bengakang-bengkok kehidupan ni dengan betul. Tapi aku tak paham natang pe la matang2 ni. Macam pokok mangga yang dah matang ke?? Erkk maaf cikgu saya tak paham.
Tapi lepas tu barula aku paham matang tu apa. Tapi macam mana kita nak tahu yang kita ni dah matang ek. Mudah je kalau nak tahu korang ni dah matang ke belum. Kalau dah sunat matangla tu. Hihihi ok maafkan aku stupid joke disitu. Okeh meh aku nak gitau kat korang semua ye. Sebab selama aku hidup ni banyak benda yang berlaku pada aku menyebabkan aku lebih matang. Bagi aku proses kematangan yang aku alami adalah daripada masalah yang menimpa hidup aku. Banyak sangat yang berlaku dalam masa 3 tahun ni yang buat aku betul2 matang. Membuatkan aku kadang2 bercakap macam orang tua. Dah ramai yang cakap aku ni cakap macma orang tua. Bukan ape bila ko dah ada pengalaman dengan pelbagai masalah dan banyak mengenali orang korang akan lebih bijak dalam berfikir, bertindak dan tingkah laku korang semua.
Sekarang aku tak mudah melatah atas benda yang remeh yang mana kalau dulu dah berbakul aku duk membebel. Sekarang aku lebih bijak bila berkata samada bersama rakan atau yang lebih dewasa. Bila aku berkerja sekarang ni banyak aku kenal orang dan sudah ramai mereka yang lebih tua dari aku ni memberikan nasihat dan segala kat hikmat lagi sebab aku ni muda lagi cam korang la. Sampaikan ada membe aku pelik macam mana aku leh masuk sembang sekali dengan orang dewasa lain dan siap boleh gelak2 lagi. Kawan belajar la dari pengalaman dan korang akan sendiri tahu kenapa cara percakapan orang dewasa lain dari kita yang muda ni. banyakkan berkawan dengan mereka yang lebih dewasa kerana itu kita akan lebih cepat matang. tak caye korang try la sendiri. Aku cuma nak berkongsi sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. So baca2 dan selamat mengomen.. Miahahaha!!
2 buah fikiran:
Dulu semasa belum berbini hal ehwal politik dan perkara sekeliling tak ambil pusing tetapi bila dah ada anak semua itu automatik. Saya mula-mula tak faham bahawa manusia akan berubah tanpa sedari sayang kalau rambut bertukar warna tapi tak matang-matang lagi
betul tu..melalui pngalaman je kita akan lebih matang..
Post a Comment