Korang pernah bercinta tak. Mesti pernahkan tapi maksud aku bercinta tu bukan kapel ye. Tak semestinya korang kapel tu korang dah bercinta. Macam budak2 yang tengah angau dengan cinta monyet dorang tu. Bagi yang pernah bercinta mesti dorang tau betapa syioknya cinta ni. Eh betul ke ni macam ada pengalaman je. Acecece. Dalam pikiran aku ni selalu bertanya soalan klise apa itu cinta. Korang ada tak jawapan untuk soalan ni?
Bagi aku cinta ni banyak maksudnya. Takda satu pun yang kita boleh kata jawapan aku atau jawapan ko yang betul. Definasi cinta tu tertakluk pada pemahaman korang dan apa yang korang alami tu. Ada orang cakap cinta itu saling memahami. Awak paham saya dan saya paham awak kerana kita ni berbeza dan bila bercinta tu kita akan saling melengkapi sebab awak dan saya tak sama. Bak kata pakcik sebelah umah Iqram Dinzly rambut sama hitam tapi kadang2 ko kaler jugak kasi lain dengan orang. So kita ni lain. Setiap dari kita ada identiti ada personliti yang mana membuatkan pasangan kita tu jatuh cinta kan. Penah tengok laki gemuk kulit agak gelap bersam awek kurus putih cantik comel bergaya? Aku penah nampak dan macam tak caya sebab laki tu rupa pun tak da. Tapi apa yang penting hati tu sendirikan. Macam aku kata tadi la saling memahami sama lain baru ada manisnya cinta tu.
Ada orang cakap cinta tu bila kita sanggup lepaskan orang yang kita cintai tu untuk kebahagiaan bersama. Korang setuju tak dengan pendapat ni. Aku setuju jek pasal ni. Kadang2 bila bercinta ada masanya korang akan sampai satu tahap dah takleh tahan tapi dalam hati cinta itu masih kuat. Tapi apakan daya jodoh tak lama.Kalau korang sanggup tak lepaskan awek atau balak korang yang korang cinta sangat2. Kalau aku, aku tak sanggup tapi demi kebahagiaan dia takpela. Biarla tiap malam teringat dan kadang2 termimpikan dia. Laki ni camtula bila dia sayang gila2 susah dah nak bukak hati kat orang lain. Perempuan ni kadang2 dia fikir orang laki ni rilek je setakat nak cari awek lain mudah je. Kadang2 korang kena paham yang laki pun ada hati dan bila hati tu dipenuhi dengan cinta untuk kamu susah gila nak hilangkan balik perasaan tu. So bagi awek2 yang rasa balak korang amat sayang kat korang jagala baik2 ye.Walaupun korang sanggup lepaskan dia tapi harap2 tak sampai ke tahap tu.
Ok cukupla dua kan. Korang tambahla sikit info pasal cinta ni. Aku pun nak tau jugak apa pendapat korang tentang cinta ni. Adios amigoss.. Muchas grasias.. Hahahaha..
p/s: aku dah cukup dua2 contoh ni.. korang penah rasa tak?
17 buah fikiran:
Betul..definisi cinta tu luas.Sebenarnya kita tak boleh nak cakap kenapa kita cintakan seseorang tu.Kalau kita cakap sebab rupa,nnti kalau dia cacat,Cinta ke lg kita dekat dia?? Kalau kita cakap kita cintakan dia sebab dia selalu ingat dekat kita,macam mana kalau nanti dia lupa ingatan?Cintakah lagi kita pada dia? Dan paling penting kalau kita cakap kita cintakan dia sebab dia baik sangat,macam mana kalau nanti dia tak sebaik yang kita harapkan?Cintakah lagi kita pada dia??? Sebenarnya,cinta ni susah nak dinilai.Tak ada alasan pun yang boleh diberi.Yang penting terimalah seseorg itu seadanya...
cinta tu universal kan,,hahaha,,,byk mksd mengikut phman sndri
thanks ek..betul tu cinta ni luas..apa yg penting cinta itu hadir dgn hati yg ikhlas..
cintailah cinta..ewah macam iklan jps lok cintailah sungai kita..
hehe..
lepas bace mu punya n3 baru kawe tahu gapo tu cinta ewahhh...haha
pengertian cinta itu luas dan universal bergantung kepada seseorang individu itu
adakala definisi cinta bagi mereka itu dimata kita tidaklah sesuai untuk dikategorikan sebagai cinta
tapi itulah cinta
penuh rahsia dan misteri
P/S : 5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel
@ kids
eh gano baru tau tu..ekekeke
@hans
jangan biarkan anda diselubungi misteri cinta..wawawa..
cintailah seseorang tu kerana agamanya..jika agamnya lupus, maka begitu juga cinta kita terhadapnya..bleh buat camtu tak?=)
Jejaka Terhangat: 5 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Pilih Perempuan Seksi Untuk Dijadikan Isteri..
lagi tepat..hihi..kompem thn lme kalau kerana agamanya..
ermmm ermmm ermmm. ntahla. words can't explain. hehehe.
inilah! yang dinamakan cinta! hati gembira rasa! Bila kau kata cinta!! *lagu*
@ika
nothin can explain love
@sadieq
jiwang bro..hihi..
cinta luas, cinta pada Allah, cinta pada manusia, cinta pada harta benda dan lain2... hehehe.
bak kata amy mastura, cinta itu lebih berharga pada tuhan yg Esa, :)
aku sokong fid..itulah yg terbaik bg kita semua.cinta kerana agama itulah cinta yg terbaik..
macam rindu pulak nak bercinta . haha
Entri terbaru ->Siapakah anak Bill Gates ?
Siapakah pemilik matahari ?
Ye pkcik Din. sume sy setuju. :)
Bercinta tuh best. Tp bile bercnte xsmstinye dgn org. Ngan berus gigi pon boley. Tehees
@paan
rindu nk bercinta silala..hihi..
@iZS
eh pakcik ye..tp brcinta ngn berus gigi wtpe..^^
cinta itu cukup subjektif..tapi kalau yg subjektif ini berpaksikan satu perkara yg objektif dan pasti iaitu agama...insyaAllah...pasti cinta itu lebih manis dan bahagia...
sekian..cewahhh
Post a Comment