Kita ni kan kalau takda duit kompem takleh hidupkan. Samela macam aku gak. Bayangkanlah kalau kita ni takda duit camne nak beli keperluan asas kita macam nasi, air, pakaian, blackberry dan bla3. Mana nak dapat duit bro? Nak dapat duit kena kerja la. Tuhan bagi akal dan tenaga kat kita ni suruh kita cari rezeki la bukannye suh mintak sedekah pastu takda duit pau orang. Tu orang panggil lahanat sebab gunakan akal dan badan dengan cara yang cam harem gitu. Ptuihh aku agak emo dengan orang camni. Terdetik hati aku pasal rezeki ni masa aku keje lagi. Aku terpikir camne ek nak dapatkan rezeki yang bukan saja halal tapi BERKAT.
Aku ada jugak baca pasal ni la kan. Kita kerja dengan kerajaan ke ngan swasta ke keje kilang ke keje kerani ke mestila kita nak rezeki yang halal kan. Tapi aku rasa kebanyakkan antara kita ni lupa satu lagi perkara penting iaitu keberkatan. Korang kena paham yang rezeki halal yang kita cari tu tak semestinya berkat pun banyak. Kenapa sebab masa kita kerja tu adakah kita ni kerja dengan ikhlas ke atau tak penah ponteng? Kalau keje kerajaan masuk 8 pagi keluar pukul 5 petang. Tapi banyak pulak orang duk bercerita masuk kul 9 pagi pastu g minum kopi lagi kat warung. Disitu kita dah langgar peraturan kerja. Ya memang la tak kena marah tapi mana nak dapat berkat kalau asyik tuang je keje. Lagi satu pasal solat. Bagi kita orang Islam ni takyah banyak cakapla kan benda yang WAJIB. So masa kita kerja tu ada tak kita sengajakan lengah2 nak solat. Lengah2 ok lagi tapi ada tak tinggalkan terus. Haaa kat situ kita dah boleh nampak camnela aku atau sape2 yang buat camni nak dapat rezeki halal lagi berkat. Berkat tu yang penting sebab walau cinonet mana pun gaji kita tapi kalau ada keberkatan kompem tak rasa sikit. Nak contoh korang tengok jela orang2 kaya yang jadi bisnesman ke ape ke kadang2 tak cukup duit tu. Tak tahula kan mana tau ada penipuan ke ape ke sampaikan gaji yang beriban2 pun tak cukup lagi. Ish3 kalau bagi kat aku tu banyak benda yang boleh buat.
Kalau nak kira banyak lagi benda yang kita buat menyebabkan hilang keberkatan tu tapi aku pun takda ilmu sangat. Cuma hasil pengalaman aku berkerja sebab aku pun tak sempurna. Solat pun kadang2 saja dilambatkan. Dapat gaji je mesti ada je duit terbang tah kemana, Tayar bocorla kucing beranak la. Sebab pe sebab nak cucikan rezeki kita yang mana masa kita kerja tu kita kerja atau main2. Kena plak yang tak kuar zakat tu lain cite dahla. Baik takyah jadi kaya la sebab rezeki ni tuhan yang bagi. Kalau setakat nak tarik tu sekelip mata je bro so jangan la nak sombong la kan.Dunia zaman sekarang ni memang camtu pun. Susah nak ubah tapi semoga ada sedikit sebanyak dalam diri aku dan korang kesedaran biar kita dapat rezeki halal dan berkat. InsyaAllah la kan. Doala banyak2 biar kita ni diberikan hidayah dan bertambah iman. Amin
p/s: Tambahla sikit2 tentang ni. Kalau ada aku salah betulkan. Bak kata orang tua2, amar makruf nahi mungkar. Adios~~
6 buah fikiran:
salam
balckberry keperluan asaskah?
Ia buat saya ketawa.
Ya, keberkatan dalam mencari rezeki itu perlu. Tapi jarang antara kita sekarang ambil berat mengenai perkara itu. Contohnya, dalam waktu bekerja menulis blog atau melayari internet. Tidak jujur bukan?
Pendek kata, saya sependapat dengan pandangan ini.
yup2..kita mnusia ni tak lari dri semua ni hrpnnye ada sdkit ksdran spya kita jd lbh baik..
Nak menampung kebocoran amalan disana-sini kena selalu bersedekah dan buat perbanyak amalan solat sunat
haa bersedekah..lupe point tu..thanks ye..amln sunat la yg menampung mne2 amln yg bocor..
insyallah mahu cari kerja yang berkat dan juga membantu sesama kita...
kena tanam dlm dri mncri rezeki yg berkat ni..^^
Post a Comment