Assalamualaikum semua. Pe kabor ye pagi2 ni harap sihat le selalu. Kalau tak silap boleh la gi buat medical checkup macam aku nak buat esok ni. Hahaha. Biasala antara benda wajib bila nak masuk U ni kan. Ok aku terima dengan hati yang redha. Korang perasan ta yang banyak gila masalah moral kat negara kita ni. Aku tak tahula sejak bila negara kita ni jadi teruk camni. Ish seriau aku bila pikir nanti aku ada anak nak jaga biar betul perangai tu camne. Tapi yang aku tahu kita sebagai umat islam perlu menjaga solat. Ye solat sebab solat yang akan mencegah dari kemungkaran dan solat tu mestila solat yang sempurna.
Kalau bercakap pasal nak sempurnakan solat panjang dan ilmu aku belum sampai tahap tu cuma dalam entri aku ni nak berkongsi sedikit ilmu tentang niat masa nak solat tu. Seperti yang kita maklun rukun solat ada 13 dan yang pertama adalah niat. So adakah betul pemahaman kita tentang niat tu. macam aku dulu niat tu adalah yang kita duk sebut ussoli... lepas tu angkat takbir. Rupanya salah pemahaman aku tu. Sebenarnya tu adalah lafaz dan lafaz tu bukan niat ye kerana niat tu dalam hati. Dan bilakan sebenarnya perlu kita niat solat tu? Niat solat tu kena di lakukan ketika takbir ye ketika/semasa angkat takbir tu. Masa aku tahu tu aku terfikir alamak macam mana ni nak niat dalam bahasa arab aku rasa cam tak boleh je. Sebanrnya niat dalam hati kita tu bukan seperti lafaz seblum angkat takbir tu. Yang penting dalam niat kita ada 4 perkara ni:
1. Solat sunat/solat wajib.
2. Solat apa seperti zohor asar dan selainnya.
3. Berapa rakaat.
4. Kerana Allah
Pada mulanya aku rasa kekok jugak dan angkat takbir tu lama tapi apa pun kita kena betulkan sebab niat juga dalam rukun solat. Mungkin aku ada tertinggal apa2 harap korang yang baca ni boleh tambahla. Solat yang diterima Allah adalah solat yang sempurna dan semoga kita ni mampu menyempurnakan solat kita. Dan satu lagi betulkan lah bacaan Al-Fatihah kita sebab kalau silap takut tak diterima solatnya. InsyaAllah sama2 la kita memcari ilmu untuk sempurnakan solat kita.
Sesungguhnya solat itu mencegah kita dari kemungkaran
6 buah fikiran:
insyaallah..=)
thanx..nice info..
thxs sbb mengingatkan...
:)
insyaallah..semoga solat kita diterima
aku pun dok perbaiki ^__^
tq ek info din..
jom baiki solat kita..=p
Post a Comment