Selamat sejahtera semua. Semalam dah keluar berita pasal gempa bumi yang berlaku di Acheh kan. Kalau tengok di twitter ngan facebook memang ramai yang tengah cemas. Even aku yang agak jauh dari pantai barat pun turut terasa dengan kecemasan amaran tsunami semalam. Gempa bumi semalam berukuran 8.9 skala Richter. Ni kalau sahih la maklumat dia tapi yang penting gempa tersebut sudah cukup kuat nak melahirkan tsunami. Perkhh sastera habis. Kekekeke. Tapi dalam keadaan cemas, dalam keadaan takut tu kita sebenarnya takut pada tsunami atau takut pada Allah ni?
Setiap orang tu tetap ada dosa yang dilakukan. Tak kira tua, tak kira muda. Tak kira besar, tak kira kecik. Semua orang tetap melakukan dosa sebab kita ni bukan maksum macam nabi. Itu yang perlu kita sedar dan hayati. Semalam di fb ada seorang rakan yang mengutarakan soalan ini la. Kita takut tsunami ke kita takut pada Allah? Jawapan tu ada pada kita sendiri dan hanya diri kita dan Yang Maha Esa tahu isi hati kita. Cuma disini aku ingin ajak korang semua untuk berfikir sejenak. Kita sepatutnya takut pada Allah bukan pada tsunami tersebut. Tsunami tu hanyalah cara untuk Allah sampaikan pesanan dia walaupun pesanan dia dah termaktub dalam Quran berapa zaman dah. Tapi masyrakat kita ni kena tunggu bala dulu kot baru nak sedar. Tengok la negara kita sekarang ni. Tak jauh beza mana pun dengan negara barat kan. Tengok jela anak muda zaman kita ni. Clubbing dah jadi hobi. Bagitahu g club tanpa ada rasa segan dan silu. Apa jadah dia xmalu pergi club. Pelik jugak aku ngan orang zaman skarang ni. Aigo. Hah kan dah kuar korea tu. Kekeke. Allah tu sentiasa perhatikan kita. Banyak mana dosa banyak mana pahala yang kita ada ni semua diketahui oleh Dia. Cuma kita je yang ego dan angkuh dengan Dia kan. Tapi sekurangnya amaran tsunami semalam dapat jugak memberi sedikit bait keinsafan dalam diri. Apabila kita lalai Allah sentiasa mengingatkan kita tapi kita je masih lalai atas dunia ni kan. Semoga hati kita ini lembut untuk terima hidayah daripada-Nya.
Tsunami tu cuma amaran daripada Allah supaya kurangkan maksiat, kurangkan membuat dosa. Kita pun tahu dunia kita ni dunia akhir zaman dah kan. Tapi kenapa masih tiada usaha untuk mengurangkan segala jadah maksiat dalam negara kita ni kan? Em aku pun tak tahu apakah sebab disebalik semua ni. Tapi apa yang penting, takutlah Allah bukan takut pada tsunami. Sebab takut pada Allah itu selalu tapi takut pada tsunami itu masa dia datang je wei. Tak kan la nak tsunami datang tiap hari baru nak ingat Allah kan. Kekeke. Semoga kita berada dalam lingkungan orang beriman. Amin.
1 buah fikiran:
Syukur amaran Tsunami telah ditarik balik dan tidak ada kejadian diingini berlaku di Malaysia.
Post a Comment